Twitter Facebook Feed

Side Biz Comel2 jer hik3~

Assalamualaikum...


Jengok2 macam xada bos kan... so nak update skit sebab jeles tengok kawan saya tu sempat update kan..hik3...
Dah agak lama jugak la saya xupdate... nak kata bizi tu tak la jugak tapi rasanya aura facebook tu lebih kuat kot sampai asik buka fb jer nak dibandingkan dengan belog..huhu...syabas buat blogger2 tegar...T___T
harini pun juz nak kepoh sekarang saya ada buat biz comel2 jer skit... buat homemade cupcake & cake... saja sebab minat kot disamping menambah pendapatan sampingan..huhuhu...

Masih baru lagi dan skill pun xmantop2 lagi... ni antara gambar2 koleksi2nyer..hehe~

 


kalau ada masa tu boleh jengok Fb saya na... Syamilia-Cupcake-Designing dan kalau yang dekat2 boleh la order...hihihi~
Belog tu ada... tapi belum aktif lagi paham2 la kan kalo belog syamilia ni pun xaktif, belog cupcake2 ni lagi la malas nak aktivate.huhuhu~

RedPeach.Com.My
(web ni myhubby test utk projek paper dia so jgn terkejut k kalo nampak touch n go... huhuhuhu) 

MyCupcake2u.Blogspot.Com
(& yg ni pulak sy xopen reader lg...kikiki)

2012... dah februari yang nak masuk Mac...

Selamat malam semua...
sebab blog dah lama bersawang terasa macam nak cuci2 balik
sbb jin suka tempat2 yang bersawang tau...ekekeke
bulan depan dan Mac & aku baru update...
rugi wooo beli domain tp blog xupdate...huk3...
eh.ada yg baca ke...xpe...:)

sebab dah malam... tido is the best thing to do...
good nite semua...Assalamualaikum...




p/s: saja malam ni mood nak tukar header supaya gambar lebih sopan...ngeh3~

Salam Ramadhan (lewatnyeee kan nak wish)

Assalamualaikum

Ramai x yang x pegi terawih malam ni.huk3 T__T
Sangat lama jgk kan aku xberblog
rasanya last sekali masa birthday aku yang ke 25 haritu lah.
Oh my Allah.dh 25 ke aku ni... skit je lagi dah 26...ohhh~

Aku just nak amik kesempatan skit jer ni
walaupun agak terlewat seminggu 2 hari, tapi tetap gak nk wish
Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia
Semoga Ramadhan kali ini lebih memberi kebaikan untuk kita semua

Alhamdulillah, puasa tahun ni, berjalan lancar
juga tahun ke-2 berpuasa sebagai isteri (tapi jarang2 masak untuk suami.huuuu)
tahun ni juga berpuasa masih belum dengan kehadiran insan ke-3...hik3.sabar kan...

Puasa tahun ni jgk kurang meletihkan aku
Berbuka pun xmacam dulu sampai mengah2
bersahur pun xsampai sakit perut. Alhamdulillah
Cuma di awal puasa ritu di uji dengan Athma.
Tapi syukur, masih diizinkan Allah untuk berpuasa.

Okaylah.mata kanan bengkak ni
alergik dengan kuah popia agaknya!hahaha!

Selamat berterawih semua
Sok bangun soq (sahur) ok...

i'm getting ol.........der........

Assalamualaikum... 

12 Mei 2011... Alhamdulillah kerana Allah masih mengizinkan aku untuk terus mengirup udara segar, menyedut oksigen2, dan menikmati kehidupan serba sederhana ini di bumi-Nya... Syukur.... 
http://www.smileycodes.info
Semoga Allah terus memberikan aku umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat serta merahmati seluruh keluargaku terutama suamiku tercinta, emak dan ayah tersayang... juga adik dan kakak yang selalu berada di sisi... Alhamdulillah aku terus merasai nikmat ini di tahun ke 25 dalam hidupku... :)


***
http://www.smileycodes.info
Aku dah makin tua ker.... waaaaaaaaaa T___T
napa aku rasa mcm muda lagi ek... ekekeke~ umur xpenting kan...


p/s: ada mesin pusingkan waktu x... ?

Isu Hari Ibu ~ Sejarah Bermulanya Sambutan Hari Ibu

Assalamualaikum... Selamat Hari Isnin yang panasssss~

Em... Rasa Tertekan + Kecewa + Marah + Nyesal... bila baca 1 artikel from facebook. And then baru terpikir nak google dan segala macam bila timbul isu ni. Kalau pasal perkauman maybe boley dimaapkan, but isu agama for me, memang no kompromi okeh! Tiada Maaf Bagimu kerana isu agama bukan benda yang boleh main-main ok... jangan sampai kita tak sedar ucapan kita telah memesongkan akidah kita... ~ Oh sangat emosional sekali... hihihi

Mother's Day

Memang aku sambut, but not  lah sambut hebat bagai va va voom kan, bawak mak pergi party ker buat celebrate or kenduri ker or apa2 ker... selalunya aku (also kakak dan adik) sambut with our own way seperti, wishing her "selamat hari ibu mak" and kiss her also beli hadiah sedikit for her kan... yer la... mak kita kan.... Selain birthday jarang2 bagi hadiah kan... ekekeke~

And of coz semalam pun ada a little wishes for my mum. Mak ada kt Penang, rumah kakak. sebab tu aku kena call bila nak wish. Tunggu balik tak best sebab jadi anak terakhir lak ucap... Hadiah xsempat beri lagi. but sempat beri a couple of beautiful brooch for my m.i.l semalam...

Tapi hari ni tengok2 terkuar artikel mengejutkan camni. maybe ramai dah tahu, tapi aku baru tahu tahun ini. Tahun 2011 ni...huuuuuuuuwaa

Ni ha artikel nyer:



Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/


And untuk confirmation cerita ni betul aku pun google la lagi n found this link... cerita pun sama mcam kt atas ni... emmmm....


So pasni of course la xkan ada lagi hari ibu dalam hidup ku + family ku... waaaaa kenapa sejarah hari ibu harus begini... nanti anak-anak aku xsambut dah la untuk aku kan... huuuuu...

Tapi, benda ni semua xpenting kan... selagi kita sayangkan ibu, xda hari ibu pun xpa. selain tu dapat juga menjaga akidah kita sebagai seorang Muslim... Semoga Allah terus memberi hidayah kepada kita semua... InsyaAllah... Aminnnn....


p/s: Walaupun pasni kami xsambut hari ibu or hari apa2 lagi yang akan mengganggu gugat akidah Islam kami, kami tetap sayang ibu, ayah, suami, anak2 (anak-anak??? ekekeke) dan seluruh keluarga kami... :D


Selamat Hari Ibu

Ibu... Ibu....
Engkaulah ratu hatiku...
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu....
Ibu... Ibu...
Engkaulah ratu hatiku...



Saya sayang mak. selamanya akan terus sayang mak
walaupun saya kategori anak degil dan suka xnak dengar cakap
tapi hati saya sangat sayangkan mak... 

Terima kasih kerana melahirkan saya dan menjadikan saya Syamimi Aliaa yang sekarang ini... 


***

Buat ibu mertuaku... selamat hari ibu... 
terima kasih di atas kasih syg yang mak berikan pada mimi
saya sayang mak macam mak saya sendiri, bagaikan tiada lagi istilah ibu mertua... 

Alhamdulillah saya mempunyai 2 ibu paling penyayang dalam dunia ini....


***

Juga semua ibu-ibu di seluruh dunia... Happy Mothers Day
sayangilah, didiklah, anak-anak mu menjadi insan berguna dan mukmin sejati
agar terus diredhai Allah
Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kakimu...

DSLR Classes with RonieNana

Assalamualaikum. 

Perhatian2... 
Esok, 8 Mei 2011 adalah Hari Ibu ok... 
So, jangan tunggu hari ibu baru nak sambut. hari2 adalah hari ibu, hari bapa, hari anak...eh.... 

Ada masa sedikit lepas penat dah men gambar, design, Ai, Photoshop...biaq nk tuleh skit lah... nk update blog sebelum followers lariiii.....huuuuu~

30 April 2011, Sabtu.

Rugi sangat xdapat join ofis lama yakni JKN Kedah pegi Family Day kt Teluk Intan Perak... sebab benda kt bawah ni la... hari yang sama...  tapi kan, rasanya tak rugi sebab sama2 ada pekdahnya... :D
JKN kedah, nanti buat lagi jangan lupa ajak lagi ok...ekekeke

Ehem walaupun dah banyak kali (banyak ker) ikut jer Bro ni, tapi still xmo lepaskan peluang utk berkursus walaupun kursus asas... (sebab aku mmg payah paham natang berat nama DSLR tu)

Cikgu : Mr. Roni Nana
Asal : Malaysia
Keturunan : Melayu
Berperwatakan garang

So my hubby pun ajak ler join lagi... Kelas 3 org jer (me, hubby, adik ikhwan), senang cikgu ngajor dan berinteraksi (berhemoi hemoi) dengan student2nyer...hihihi...  Kelas diadakan di pusat jalur lebar Felda Mata Ayer, Padang Besar Perlis...

Paling best part lunch, makanan disediakan, siap pegi makan kt restoran canggih beb (canggih???) sedappppp...kenyang..... emmm xpenah join kelas dapat makan cenggitu sekali... ekekekeekek 
cian cikgu.... hahahaaha!!

Tima kasih cikgu... nnt 16 Mei kita sambut hari Guru okey...hahaha




Gambar2: kredit to Mr Hairil Hassan (tu hok dok bg sijil tu)
Edit by me (nak jgk habaq tuuuu... hahaha)

.:: Today is ::.

LilypieLilypie